Anwar isi ‘borang mangsa rogol’

•Julai 21, 2008 • Tinggalkan Komen

kemaskini 2:36pm Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau diminta mengisi “borang mangsa rogol” di hospital Kuala Lumpur minggu lepas sewaktu beliau dibawa polis untuk pemeriksaan dalam siasatan dakwaan meliwat pembantunya.

Katanya, beliau menurut sahaja arahan doktor dengan andaian ia sebahagian prosedur biasa dan memberi kerjasama penuh kerana bimbang media akan membesar-besarkan isu itu jika beliau enggan mengikut arahan.

Dalam sidang media selepas memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) tengah hari ini, Anwar juga menafikan “mempolitikkan” isu tersebut seperti dakwaan menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau mengulangi dakwaannya bahawa beliau ditelanjang sewaktu pemeriksaan doktor dan kemaluannya diukur.

Dalam perkembangan berkaitan, peguamnya Sivarasa Rasiah berkata hospital Kuala Lumpur “telah diperalatkan untuk mempertahankan” isu tersebut.

“Tidak berbangkit persoalan bahawa Anwar telah dibogelkan ketika pemeriksaan kesihatan,” katanya.

“Tidak juga berbangkit persoalan bahawa apabila beliau bersetuju (diperlakukan begitu) untuk pemeriksaan, beliau waktu itu bawah jagaan polis dan sentiasa tertakluk pada arah mereka untuk tujuan siasatan.”

“Kami tidak mahu bertekak dengan pihak hospital yang tidak mempunyai pilihan lain kecuali menjalankan tugasnya seperti dikehendaki oleh polis dan akan melaporkannya kepada mereka (polis),” tambah Sivarasa.

anwar ibrahim freed from police ipk detention pc 170708 11Sehari selepas ditahan Selasa lalu, penasihat PKR itu berkata beliau telah ditelanjangkan sewaktu menjalani pemeriksaan di hospital.

Menurutnya, seluruh badan beliau diperiksa, termasuk bahagian sulitnya.

Secara berseloroh, beliau berkata, mereka juga “ukur apa yang perlu” dan beliau “ikut semuanya (arahan doktor)”.

“Saya buat pemeriksaan seluruh badan saya, kemaluan saya termasuk mengukur apa yang perlu dan saya ikut semua,” kata Anwar apabila dibebaskan.

Katanya, beliau juga enggan membenarkan gambar fizikalnya diambil kerana bimbang ia dibocorkan kepada umum, termasuk di internet.

“Sudah tentu saya menolak diambil gambar kerana ia akan ada dalam (laman perkongsian video) YouTube. Kamu fikir saya boleh percaya sistem sedia ada,” katanya.

Menurut mantan timbalan perdana menteri itu lagi, beliau juga enggan sampel darahnya diambil untuk ujian DNA sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut.

Anwar berkata beliau enggan membenarkan sampel itu diambil atas nasihat peguam dan doktor.

Husam: PM mahu pecah belah PAS…

•Julai 21, 2008 • Tinggalkan Komen
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu menabur benih perpecahan dalam PAS apabila menyatakan beliau telahpun tiga kali bertemu pemimpin peringkat tertinggi PAS.

“Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada motif tersirat. Jujurkah Abdullah bila beliau umumkan pemimpin ‘decision-makers’ PAS telah tiga kali menemui beliau?

“Atau beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau boleh mencapai matlamat politik jangka pendek,” katanya Husam dalam laporan yang disiarkan oleh Harakahdaily malam ini.

Abdullah hari ini mendedahkan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin peringkat tertinggi PAS untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan dengan keagamaan.

Bagaimanapun, beliau yang juga presiden Umno dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, pertemuan tersebut tidak disertai Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Nik Aziz tak ada, itu saya boleh katalah, yang lain tak boleh tanya….(pertemuan) pada peringkat orang yang boleh membuat keputusan,” katanya, yang menurut Bernama seakan memberi gambaran bahawa antara yang terlibat dalam muzakarah itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

‘Mahu kukuh kedudukan’

husam musa 03Mengulas mengenainya, Husam berkata Abdullah cuba memberi gambaran positif mengenai dakwaan pertemuan tersebut, “walaupun dia tahu mana-mana pertubuhan, apatah lagi parti Islam seperti PAS, tidak dimiliki oleh mana-mana pemimpin, sebesar mana pun pemimpin itu.”

“PAS sebagai jamaah Islam dikendalikan dengan kaedah dan etika harakah Islamiyyah yang tertentu, termasuk musyawarah,” tegas beliau.

Selain mahu memecahbelahkan PAS, Husam berkata, niat Abdullah ialah untuk mengukuhkan kedudukannya dalam Umno di tengah pergolakan dalaman yang tidak menentu, menghilangkan keyakinan dalam Pakatan Rakyat dan menjarakkan semula PAS dari sokongan bukan Melayu.

“Mungkin Abdullah mendapat inspirasi umpan ‘Negara Islam’ yang dilemparkan oleh Dr Mahathir selepas melihat kemaraan pembangkang dalam pilihanraya 1999 dan umpan itu menjadi sehingga pembangkang undur semula dalam pilihanraya 2004,” katanya.

Husam menegaskan bahawa perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS sudah tentu tidak akan mengkesampingkan perpaduan umat Islam dan tidak pula menjadikan perpaduan nasional agenda kedua selepas perpaduan Islam.

Perpaduan Islam, tegas beliau, dicapai dalam konteks perpaduan nasional yang semestinya diasaskan bukan di atas asas kaum semata-mata seperti dilakukan oleh Umno selama ini, tetapi di atas asas yang lebih kukuh seperti tiada diskriminasi kaum, tiada diskriminasi berdasarkan fahaman politik dan keadilan untuk semua.

Kepercayaan bukan Melayu

“Perpaduan versi Umno sudah lusuh. Umno sesama Umno pun tidak dapat disatukan. Apatah lagi formula itu hendak digunakan bagi ummat Islam dan nasional,” tegas beliau.

Sehubungan itu, Husam mengingatkan bahawa utama pemimpin PAS pada waktu ini ialah memastikan parti tidak berpecah, bahkan kekal bersatu.

“PASlah satu-satunya parti yang paling stabil, kukuh dan mantap buat masa ini. Jika jangkitan kuman Umno meresap dan memecahkan PAS, perkongsian kuasa dengan Umno hanyalah ulangan percantuman sementara era Barisan Nasional dulu yang berakhir PAS ditolak ke tepi selepas Umno mencapai kekuatan mereka semula,” katanya.

PAS juga, katanya, hendaklah memastikan kepercayaan dan harapan masyarakat bukan Islam terhadap PAS tidak dikhianati.

“Islam menekankan kepada kesetian terhadap janji,” tegas Husam.

Komen Nik Aziz

nik azizSementara itu, Nik Aziz pula, ketika mengulas perkara itu, mengingatkan pemimpin kanan parti, yang membuat pertemuan dengan pemimpin Umno,bahawa mereka hanya boleh mengadakan pertemuan melibatkan perbincangan peribadi dan bukannya melibatkan isu politik kedua-dua parti.

Namun, Bernama melaporkan menteri besar Kelantan itu menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan pemimpin Umno untuk membincangkan isu agama atas kapasiti peribadi tetapi tidak atas nama parti.

Nik Abdul Aziz menyatakan pendiriannya bahawa beliau hanya boleh menerima jika pemimpin PAS bertemu dengan pemimpin Umno atas urusan peribadi seperti menyentuh isu agama yang memberi manfaat dalam membaiki sahsiah diri.

Beliau menolak sebarang tindakan bagi pihak pemimpin PAS untuk mengadakan pertemuan dengan Umno bagi membincangkan isu parti.

“Kalau nak jumpa jangan jumpa dengan parti. Bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dan individu, saya setuju,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata beliau sendiri tidak tahu mengenai pertemuan tiga kali itu, namun beliau pernah dimaklumkan sememangnya pernah wujud pertemuan antara Umno dan PAS tetapi lebih kepada isu agama dan peribadi.

Bukan atas nama parti

Beliau berkata pertemuan antara parti dengan parti atau antara Umno dan PAS tidak perlu diadakan kerana sudah terbukti dengan perjanjian yang dibuat pada tahun 70-an, ketika era Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein, PAS telah ditendang daripada parti gabungan.

“Jadi bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dengan individu saya setuju, dapat menyampaikan Islam secara langsung kepada individu terbabit,” katanya.

Mengenai muzakarah yang disarankan beliau, Nik Aziz berkata perlu ada orang ketiga sebagai Hakkam yang mengadilkan pertemuan itu sebagaimana perbincangan antara dua negara berjiran perlukan kepada negara ketiga.

“Kalau di peringkat dunia berbalah dan perbincangan yang hendak diadakan perlu pihak ketiga, PPB (Pertubuhan Bangsa-Bersatu)lah yang terbaik,” katanya.

Beliau tidak berminat untuk mengadakan pertemuan dengan nama parti dan sedia menerima pemimpin Umno yang mahu berbincang mengenai isu agama untuk kebaikan semua.

Laporan palsu: Anwar ke BPR lagi

•Julai 21, 2008 • Tinggalkan Komen

kemaskini 2:18pm Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambung keterangan di ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini berhubung pemalsuan bukti kesnya 10 tahun lalu yang didakwa dilakukan oleh ketua polis negara dan peguam negara.

Anwar kelihatan masuk ke BPR di Putrajaya kira-kira 10 pagi dan keluarkan lebih tiga jam kemudian.

Keterangan ini sebagai sebahagian siasatan laporan polis Anwar terhadap Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail yang didakwanya memalsukan bukti dalam laporan kesnya pada 1998.

Pada masa itu, Musa seorang pegawai penyiasat manakala Abdul Gani pula merupaka ketua pendakwaraya terhadap kes Anwar.

Apabila Anwar ditahan pada 20 September 1998, beliau dibawa ke ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman apabila mantan timbalan perdana menteri itu dipukul oleh KPN ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, menyebabkan matanya lebam dan mengalami kecederaan lain di badannya.

Anwar berkata, laporan asal perubatan yang disediakan oleh beberapa orang doktor telah diketepikan.

Dalam laporannya itu, Anwar berkata, laporan perubatan menyimpulkan bahawa kecederaan yang dialaminya adalah akibat dipukul.

Bagaimanapun, Anwar berkata, laporan tersebut tidak diterima dan mereka yang memukulnya tidak didakwa, sebaliknya peguam negara ketika itu Tan Sri Mokhtar Abdullah – yang didakwanya berpakat dengan Abdul Gani – meminta seorang doktor lain Dr Abdul Rahman Yusof mereka-reka laporan perubatan kedua.

Anwar berkata, beliau percaya, Musa dan Abdul Gani berada di Bukit Aman pada malam beliau dipukul oleh Abdul Rahim dan kedua-duanya “merahsiakan” kejadian tersebut daripada pengetahuan umum.

Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya satu siasatan baru dijalankan terhadap dakwaan mereka bukti, yang boleh dihukum sehingga tujuh tahun penjara.

BPR menjalankan tugas menyiasat dakwaan tersebut memandangkan ia membabitkan pihak polis dan pejabat peguam negara.

Musa dan Gani telah dipanggil memberi keterangan berhubung laporan Anwar pada 11 Julai lalu.

Musa memberi keterangan lebih empat jam, manakala Gani pula memberi keterangan selama kira-kira 40 minit.

Paste from malaysiakini

malaysiatoday

•Julai 18, 2008 • Tinggalkan Komen

a href=”http://www.malaysiatoday.com” target=”_blank”>Malaysia Today</a>

Debat – Mahathir anggap Anwar jaguh, Shabery tidak berpengalaman

•Julai 18, 2008 • Tinggalkan Komen

Debat di antara Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Dato’ Shabery Cheek mendapat pandangan tersendiri daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana membuka laluan untuk perdebatan antara pembangkang dan kerajaan namun beliau menganggap ianya buka suatu cara yang adil.

“Shabery sangat kurang pengalaman didalam bidang yang mana Anwar adalah jaguh iaitu bercakap. Perkara yang didebatkan pula sudah pasti meletakkan Kerajaan didalam keadaan tertekan. Apabila Shabery menimbulkan apa yang telah dikatakan oleh Anwar mengenai saya pada masa lampau, ianya telah sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti Anwar. Tetapi adalah jelas bahawa Shabery gementar,” katanya. –Malaysia Today

Bekas pemimpin MCA keluar parti

•Julai 18, 2008 • Tinggalkan Komen

Bekas Timbalan Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew membuat pengumuman semalam untuk keluar daripada parti MCA berikutan kecewa dengan kepimpinan parti itu serta tidak berpuas hati dengan sistem yang diamalkan parti itu sekarang. Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA memaklumkan keputusan itu dilakukan bukan dengan tergesa – gesa tetapi dengan penilaian yang mendalam sejak 3 bulan lalu.

“Ini adalah keputusan yang menyakitkan kerana saya sudah 20 tahun bersama parti. Saya sudah memberitahu ibu pejabat parti keputusan ini melalui faksimili,” katanya. Beliau turut mengingatkan yang beliau mempunyai dua pilihan sebelum ini sama ada kekal dalam parti dan bertanding jawatan yang tinggi atau meninggalkan parti dan memilih landasan politik yang baru. Mengenai dakwaan yang mengatakn beliau menerima tawaran daripada kerajaan Selangor untuk memegang jawatan tertentu enggan diulas oleh beliau dan telah memberi isyarat untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). –Malaysia Today

Harga minyak turun RM32.30 dalam dua hari

•Julai 18, 2008 • Tinggalkan Komen

Harga minyak mentah dunia jatuh dengan berkurang sebanyak AS$10 (RM32.30) dalam masa dua hari disebabkan kebimbangan berkenaan kemelesetan ekonomi yang melanda Amerika Syarikat (AS) yang turut menjejaskan permintaan minyak mentah. Minyak berkualiti tinggi light sweet jatuh 42 cent (RM1.35) kepada AS$134.18 (RM433.40) setong selepas jatuh AS$4.44 (RM14.34) Rabu lalu.

Pada Selasa lepas penurunan sebanyak AS$6.44 (RM20.80) adalah merupakan penurunan tertinggi semenjak Januari 1991. Sementara itu Minyak London Brent North Sea atuh 21 cent (RM0.67) kepada AS$135.60 (RM437.98), kontrak Ogos telah luput pada Rabu jatuh AS$2.56 (RM8.26) pada AS$136.19 (RM439.89). Dikatkan harga pasaran minyak menurun disebabkan inventori minyak dan gasolin AS meningkat. Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga AS inventori meningkat 30 juta tong pada minggu berakhir 11 Julai

Paste from MalaysiaToday

Philippine ex-President Estrada: sodomy charge against friend Anwar ‘politically motivated’

•Julai 17, 2008 • Tinggalkan Komen

By TERESA CEROJANO,Associated Press Writer AP – 2 hours 42 minutes ago

MANILA, Philippines – Ousted Philippine President Joseph Estrada on Thursday criticized the sodomy charge against his friend, Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim, as politically motivated.

ADVERTISEMENT

“I hope that the Malaysian government will exercise prudence and observe due process in Anwar’s case,” Estrada said in a statement.

Estrada, who hosted Anwar in Manila last month and praised him as a democracy icon, said Anwar’s arrest Wednesday on allegations that he sodomized a 23-year-old male aide appeared to be politically motivated.

He did not elaborate, but it was the second time in a decade that such an accusation has threatened Anwar’s political career.

Malaysian police freed Anwar on bail Thursday after arresting him Wednesday for questioning and holding him overnight.

Anwar was fired as deputy prime minister in 1998, after being accused of sodomizing his family driver. Malaysia’s Supreme Court later overturned his conviction, but by then Anwar had served six years in prison on a related charge of abuse of power. He was freed in 2004.

A former movie star, the 71-year-old Estrada was toppled in 2001 on corruption charges, and was jailed for six years during his plunder trial. He was convicted last year but was pardoned by his successor, President Gloria Macapagal Arroyo.

Last month, Estrada hosted a dinner party in his home for Anwar, and called him “part of my family.”

Paste from yahoo.com

Japan says seeking information on Anwar

•Julai 17, 2008 • Tinggalkan Komen

TOKYO, July 17, 2008 (AFP) – Japan said Thursday it will seek information about the arrest of Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim during an ASEAN meeting next week.

ADVERTISEMENT

Japanese Foreign Minister Masahiko Komura is due to head next week to Singapore for meetings with his colleagues from the Association of Southeast Asian nations.

“Japan hopes to use the occasion to grasp the situation so as to decide how to react on the matter,” chief government spokesman Nobutaka Machimura told reporters.

Anwar was freed on bail Thursday after being arrested on new accusations of sodomy, which he dismissed as a conspiracy to thwart his plans to topple the government.

The US said Wednesday that Anwar’s arrest raised “serious concerns”.

Japan considers Southeast Asia a key area of influence and entered a free-trade agreement with Malaysia in July last year.

Paste from yahoo.com

ANWAR REQUIRED TO REPORT TO KL POLICE HQ MONTHLY, SAYS WIFE

•Julai 17, 2008 • Tinggalkan Komen

KUALA LUMPUR, July 17 (Bernama) — Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim, detained yesterday and released on police bail today, is required to report every month to the Kuala Lumpur police headquarters, his wife Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail said today.

ADVERTISEMENT

The PKR president and Opposition leader in Parliament said Anwar, who was back at their home in Segambut Dalam here, had to report to the police headquarters a month from now and every month after that.

“He came back in pain, fatigue, and was very tired, and we asked a doctor to come and he was given an injection,” she told reporters at the Parliament lobby.

Dr Wan Azizah, who is the Member of Parliament for Permatang Pauh, said Anwar would hold a news conference today at their house on his detention and the treatment he was accorded under police custody.

She said her husband had extended the fullest cooperation to the police in their investigation into a report of sodomy against him.

Paste from yahoo.com